Lusa 2 Jan 2012...waktu tu bakal pelatih PLKN seluruh negara akan dihantar ke kem masing-masing..
wooo...bestnya. rasa nak ikut lagi balik terutama kalau ke kem PLKN Tanaki, Tambunan.
I tell you ah, Kem Tanaki is the best ever one. cuaca kat sana sangat sejuk
kalo nak mandi time subuh tu, sure gigi terketar-ketar..
SubhanaAllah |
entry dijangka sangat panjang..
lagi kat sana kena bangun awal ya, 5a.m dah kena ada kat surau tapi berkumpul 15 minit sebelum tu..
setiap event kena berkumpul 15 minit sebelum waktu yang diberitahu.
macam begini ada event tu jam 8 pagi tapi kau kena kumpul dalam jam 7.45 pagi. sapa lewat ada denda.
bagi yang punctual time tu, ok la. tapi kalau time tu la baru nak pakai kasut segala, kemas cadar segala..habeess la kau
walaupun kau kena bagi selimut tebal ala-ala tentera punya tu, kau tetap akan kesejukan punya
tiap pagi ada PT pagi, maka di sana lah kau akan rasa mengantuk di mana aku hampir tidur kot. ada tak yang tidur berdiri? ada? mungkin wira wirawati lain pernah juga kot. hait takkan kau tak ngantuk kot
lepas tu ada giliran kena suruh baca ikrar, naikkan bendera etc..lelaki perempuan semua kena ikut nasib la kena pilih..btw, aku bernasib baik tak kena pilih, dibuatnya kalau baca ikrar suara kena lantang dan kuat. tapi kalau aku?
tiap kali nak pergi surau, kelas, dewan makan, padang, kau kena berjalan berkawad
okeh, aku benci kawad!
tapi itu dulu sebelum masuk PLKN, tapi lepas tu kira boleh la aku suka sudah
berkawad sebenarnya mengajar kita disiplin, ikut arahan etc..
tau tak apa yang diberi time awal-awal sampai tu?
okeh, sini aku bagitau, 2 kemeja + 2seluar, 2 tshirt+2seluar, 2 baju celoreng(pinjam seja), 2 inner celoreng, 2 towel, 1 kasut kelas, 1 kasut sukan, 1 kasut boot, berey, tali pinggang, kiwi, topi
lengkap tak aku sebut..weee, masih ingat seyh..
dan kerana Kem Tanaki sangat sejuk, pastilah berada kat bukit..
dimana bukit-bukit sana akan selalu diterokai oleh kamu yang bergelar pelatih nanti.. dan kabus-kabus sangat cantik dan sejuk
asrama wira kat bawah berdepan dengan padang, dewan makan berada kat bukit yang kedua kena naik lagi, surau naik lagi bukit pastu baru asrama wirawati turun bukit..dan asrama wirawati pula ada dua bahagian satu kat atas bukit, satu lagi turun bukit..
so, hakikatnya tiap-tiap hari jalan naik turun bukit..
makanan kat dewan makan? bagi aku ok lah, sedap juga, sama macam makanan kat asrama kot
berapa kali makan?
5 kali tapi yang sebenar 6 kali---sarapan pagi, makan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam sekali dengan supper malam.
takdenya istilah kebuluran kat sana, makan pakai cukup..
tapi yang penting, maggi tetap menjadi kegemaran
tak kira lah kat asrama sekolah.kat mana-mana pun, stok maggi memang tetap ada
so, kadang-kadang kitaorang akan berkumpul makan ramai-ramai
nasib baik watercooler ada, tapi nasib tak baek juga kadang-kadang, yang mana watercooler tu pula rosak..
maka, terpaksa lah turun bukit nak minta air panas kat blok bawah pula
tapi kalau kat blok bawah pula rosak?
cadangan kitaorang, ambil air dari watercooler kat surau
macam mission imposible pula time tu nak ambil air
minta kebenaran JL perempuan tuk pergi surau sebab time dah malam sangat lebih kurang nak dekat 11 malam kot tapi disebabkan maggi..redah je
dont worry, asrama wirawati dekat dengan surau je tapi ada penghadang pagar la..
siap pakai tudung dan kasut, lebih kurang 5 orang kami keluar dari pagar asrama..
jalan siap terjengket-jengket lagi supaya JL lain tak tau
weyh, aku berani ar, aku yang first dulu pi ambil air sambil tu tengok-tengok kalau kelibat JL datang..
Mala, Chit, Sicca, Wawa...aku rindu korang dan aksi kita la time ambil air panas malam-malam tu.. sekali macam spy pula..
dan aksi makan maggi pun macam-macam..wira sampai makan maggi dalam baldi lagi, wirawati sopan sikit ya makan dalam cup maggi je.
waktu petang |
#PLKN part 1 tamat disini dulu, nanti akan disambung.
# imbauan kembali kenangan supaya tak hilang
# selamat jalan kepada bakal wira wirawati PLKN, yang dapat kat Tambunan tu, all the best
#takdenya aku update pasal new year..
#kbai dengan ucapan selamat tahun baru 2012..
No comments:
Post a Comment