Monday, 5 December 2011

9 Muharam

walaweyh..tak sangka hari dah 9 Muharam...( sahlah aku x tengok kalendar Islam smpi tak sedar hari dah 9 Muharam, esok 10 Muharam, lusa 11 Muharam)..tetttt..
apa yang specialnya pada tarikh ni?
yang sebenarnya hari ni Puasa Asyura..nak taw apa tu Hari Asyura?
Hari Asyura , ,hari dimana Nabi Idris as diangkat ke langit, keluarnya Nabi Nuh as dari kapal ketika Banjir tlh usai, kemenangan Nabi Ibrahim as dari api, selamat dan merasa dingin sewaktu dibakar,

Hari Asyura, turunnya kitab Taurat kpd Nabi Musa as, keluarnya Nabi Yusuf as dari penjara, kembali normal penglihatan Nabi Ayub as, keluarnya Nai Yunus as dari perut ikan, Nabi Musa as membelah laut merah, Nabi Sulaiman as diberi kerajaan, diampuni bagi Nabi Muhammad saw dosa yg telah lalu dan yg akan datang,

Hari Asyura adalah permulaan Allah menjadikan Dunia dan permulaan turunnya hujan dan permulaan turunnya Rahmat Allah ke Bumi

Pada Hari Asyura Allah menjadikan Arasy,lauhul Mahfouz, menjadikan Qolam, Allah menjadikan Malaikat Jibril, Allah mengangkat Nabi Isa as ke langit, menjatuhkan hari kiamat pd hari Asyura, diterimanya Taubat Nabi Adam as

(buku : Nur ala Nur' h 282))
Hurm, memandangkan hari ni terlepas nak puasa,aku nak share je lah pasal benda ni.  tapi takpe lah, hari esok pun still boleh puasa lagi kan.
bilakah Asyura?:ada dua pendapat iaitu yang pertama pendapat dari Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma yang menyatakan Asyura adalah pada 9 Muharam manakala pendapat kedua pula iaitu Jumhur Fuqaha' menyatakan Asyura adalah pada 10 Muharam.

bila sunnah puasa: Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.



kelebihan berpuasa  pada 10 Muharam : Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.



Mengapa puasa pada 9 Muharam: Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

Hikmah berpuasa pada 11 Muharam? :Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

Amalan lain yang kitaorang boleh laku selain daripada berpuasa: Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).----hah..ok le ni..

apakah kelebihannya? :
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.



 doa yang para ulama dulu amalkan pada hari tersebut

tak jelas ke yang ni?
takpe, ni ada lagik satu


يَا مُحْسِنٌ قَدْ جَــاءَكَ المُسِيْئُ ، وَقَدْ أَمَرْتَ يَا مُحْسِنٌ بِالتَّجَــاوُزِ عَنِ المُسِيْئِ ، وَأَنْتَ المُحْسِنُ وَأَنَـــا المُسِيْئُ ، فَتَجَــاوَزْ عَنْ قَبِيْحِ مَا عِنْدِي بَجَمِيْلِ مَا عِنْدَكَ ، فَأَنْتَ بِالمَعْرُوْفِ مَوْصُوْفٌ ، أَئْتِنِي مَعْرُوْفَكَ ، وَأَغْنِنِي بِــهِ عَنْ مَعْرُوْفِ مِنْ سِوَاكَ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ -

( Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa, sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik), oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih ). ( Doa ini berasal daripada Saidina Ali Bin Abu Talib r.a. sebagaimana dinyatakan oleh ulama Hadis – Mereka berkata : Doa ini bagus diamalkan pada Hari Asyura )


sumber- iluvislam.com
             http://doaayatdanzikir.wordpress.com/2010/12/19/doa-dan-puasa-pada-hari-asyura/





 




 
 



No comments: