Sunday 21 October 2012

myself


I spent almost the day with doin'  any revision. not in study mode.huh
just play uno card game neither online game nor using the card, online and nothing.
please...I want to fight that kemalasan.
k bye...

Saturday 20 October 2012

hmm

I just dont know. this feeling keep me miserable.
sometimes, I feel down. hardly until I dont know what I want exactly.
I used to be quiet. and still I prefer to be a quiet person because nobody would understand me.

Friday 19 October 2012

whats on my mind?


hoho, its 11.05 pm now. i'm still here blogwalking and whatsoever wasted my time in front of laptop.

back to the title, whats in my mind now?
I'm thinking to hve a photoshoot with my classmates tomorrow. well, its weekend, so why not we just enjoyed the moments.

keep me on writing


my writing is suck, but I want to improve my writing in english. well, you know, the languange, grammar and so on. officially, I only get Band 3 on my MUET result. yups, thats is really disappointed for me. pity on me, i'm not ok with the listening section. uh...well. i thinking wether i should repeat the exam or not.


Wednesday 17 October 2012

SENSE CAMP


Assalamualaikum and helo peeps.
yeah,its oredy a week ago for the camping and just now i have the time to update about it. even i know that aku hanya ada sikit sja follower yang mungkin baca blog ni..hewhew
tapi aku tetap nak update..jyeah.

So, kitaorang telah mengadakan camping untuk amali sains sukan pra university 1, junior kami. manakala kami pula senior bertugas menjadi fasilitator untuk adik-adik yang terchenta la sangat..haha

hanya lebih kurang 15 orang fasilitator yang terlibat. kami dibahagikan kepada beberapa bahagian fasilitator iaitu fasi orientering, fasi tali temali dan fasi bantu mula.
tugas aku ialah menjadi fasi tali-temali.

then all of our juniors divided by four groups which is called Alpha, beta Bravo, Charlie dan Delta 
 ( macam PLKN pulak..haha) dengan mengangkat tema MENTRANFORMASIKAN SAINS SUKAN..yeah!..clap ur hand

fyi, our camp location is at Binsuluk Nature Resort, Membakut.

and yeah, this is their picture. lotsa of picture but only this i can put in this blog.

berkumpul mengikut kumpulan masing-masing

i love this picture
cadang kalau boleh nak tidur dalam chalet tapi takpa lah, stay kat khemah je jawabnya. haha
khemah yang ada pun cukup besar untuk 4 orang, limitnya 8 orang tpi yang ada 4 org satu khemah je.. satisfied enough.


menjadi fasi tali temali. sampai satu tahap dah hafal sangat nak buat ikatan tali temali ni. ikatan bunga geti, ikatan tindih kasih, ikatan lilit dua simpul, lilit manuk and etc..
sama juga dengan fasilitator yang lain, masing-masing dah padat dengan ilmu bantu mula atau orientering. apatah lagi pasal bantu mula, senang lah nak jawab dalam exam sains sukan nanti..


rehat time


aktiviti istana pasir pada waktu petang


enjoying the scenery....also enjoying lotsa of mosquito..haha

bbq pada waktu malam (lotsa of sayap, sosej dan ikan bakar)..dan pada malam tu juga aku apply main shutter speed untuk buat light trail. pity on me, baru tau camne nak buat light trail..hewhew..

selepas malam bbq tu, junior bersedia untuk tidur dan mengadakan qiamullail pada jam 3.30 pagi yang dikendalikan oleh Imam Muda Ali Khairuddin..(takda gambar IM Ali sebab ...heheh..malu nak ambil gambar..ecece)


seterusnya last day, menghabiskan pengajaran tali temali kepada kumpulan terakhir. dan mengadakan majlis penutupan yang dihadiri oleh pensyarah pra universiti merangkap ketua bidang sains pra universiti dan guru-guru yang terlibat.


kami yang beruniform putih sebgai fasilitator manakala yang duduk pula ialah cikgu sains sukan dan pensyarah pra universiti.

group Charlie dan Bravo


group Alpha dan Delta

Alhamdulillah, walaupun ada masalah yang berlaku sepanjang program tersebut, tentatif masih berjalan lancar. masing-masing cuba memperbaiki kesilapan walaupun hakikatnya tidak semua begitu. lupa nak cakap, tugas kami juga adalah untuk memberi markah kepada mereka untuk PBS Pra U semester 1..padan muka bagi mereka yang tak menghormati fasi-fasi sepanjang program ni.haha.
#jadi jahat sekejap.hewhew
Wallahua'lam, apa yang baik itu datang daripada Allah s.w.t.

Tuesday 9 October 2012

short update

Aku nak post entry pasal camp baru-baru ni. then baru perasan yang gambar tak simpan dalam laptop yang aku tengah guna. ada kat satu laptop lagi.

so, niat nak post entry bergambar tak jadi. teehee

bye..bye.. teruskan blogwalking

Wednesday 3 October 2012

cinta high class


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, aku masih di sini meneruskan kelansungan hidup dan moga-moga hidup ini terus di bawah lindungan Allah s.w.t. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa diriku serta ahli keluargaku dan seluruh umat Islam di dunia ini.

Hari ahad yang lalu baru balik dari camping sebenarnya. sport science camp,dan aku menjadi salah seorang fasilitator yang ditugaskan untuk membimbing adik-adik pra u 1. tetapi bukan ini point utama yang aku nak tulis dalam blog ni.

apa yang aku cuba sampaikan melalui title cinta high class ni adalah berikutan peristiwa yang berlaku di depan mata aku sendiri pada jumaat lepas.
Kita sewajarnya mengejar cinta Allah terlebih dahulu sebelum mengejar cinta manusia.

Sebenarnya, semasa menunggu kereta datang untuk pergi ke kawasan camping iaitu Binsuluk Nature Resort pada hari jumaat yang lalu, aku berdepan dengan suatu situasi yang cukup memalukan. sangat mengecewakan.sangat menyedihkan.
tak tahu apa yang diorang fikir sehingga sanggup buat maksiat di rumah Allah.
Ya Allah, sungguh panas hati melihat perkara maksiat berlaku dalam surau, berdua-duan dan berciuman di hadapan tempat muazin melaungkan azan.
seriously, perkara ni sangat memalukan. di manakah maruah seseorang perempuan yang Islam membiarkan dirinya berada dalam keadaan begitu. First time in my life, sepanjang 19 tahun hidup di muka bumi Allah ini melihat perkara sebegitu berlaku di depan mata tambah-tambah lagi mereka melakukannya ditempat yang tidak sesuai. tergamak mereka menjadikan surau sebagi port untuk berjumpa.
apatah lagi kawan aku yang non-muslim turut sama menyedari kejadian tersebut. mungkin kalau kami tak tergerak hendak membuka pintu hadapan surau, kami takkan tau apa yang diorang buat.

perkara ni dah pun laporkan pada ustazah di sekolah. seriously, aku tak nak bersubahat dengan tidak memberitahu perkara ni kepada pihak yang sepatutnya. walaupun budak perempuan tersebut meminta maaf dengan aku, apa gunanya? aku takda kaitan dengannya kecuali sebagai saudara seislam. maka sebagai saudara seislam itulah aku menegur perbuatan mereka itu (walaupun mungkin nada aku agak kasar pada masa tersebut, lebih kepada marah agaknya).

tindakan mungkin sudah diambil oleh pihak sekolah.dan aku tak tahu apa yang terjadi dengan budak perempuan tersebut apatah yang lelakinya.(oh ya, lelakinya terus lari pabila aku nampak perbuatan mereka meninggalkan budak perempuan tersebut sendiri). perempuan baru tingkatan dua manakala yang lelakinya tingkatan empat. apa yang aku dengar, mungkin budak perempuan tersebut berdendam dengan kami yang melaporkan perkara ni. Wallahua'alam.



apa yang aku harapkan, cuma Allah memberikan hidayah kepada pelajar tersebut semoga bertaubat dengan kesalahannya. semoga Allah melindungi diriku dan ahli keluargaku daripada sebarang kemaksiatan dan kemungkaran.