Wednesday, 3 October 2012

cinta high class


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, aku masih di sini meneruskan kelansungan hidup dan moga-moga hidup ini terus di bawah lindungan Allah s.w.t. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa diriku serta ahli keluargaku dan seluruh umat Islam di dunia ini.

Hari ahad yang lalu baru balik dari camping sebenarnya. sport science camp,dan aku menjadi salah seorang fasilitator yang ditugaskan untuk membimbing adik-adik pra u 1. tetapi bukan ini point utama yang aku nak tulis dalam blog ni.

apa yang aku cuba sampaikan melalui title cinta high class ni adalah berikutan peristiwa yang berlaku di depan mata aku sendiri pada jumaat lepas.
Kita sewajarnya mengejar cinta Allah terlebih dahulu sebelum mengejar cinta manusia.

Sebenarnya, semasa menunggu kereta datang untuk pergi ke kawasan camping iaitu Binsuluk Nature Resort pada hari jumaat yang lalu, aku berdepan dengan suatu situasi yang cukup memalukan. sangat mengecewakan.sangat menyedihkan.
tak tahu apa yang diorang fikir sehingga sanggup buat maksiat di rumah Allah.
Ya Allah, sungguh panas hati melihat perkara maksiat berlaku dalam surau, berdua-duan dan berciuman di hadapan tempat muazin melaungkan azan.
seriously, perkara ni sangat memalukan. di manakah maruah seseorang perempuan yang Islam membiarkan dirinya berada dalam keadaan begitu. First time in my life, sepanjang 19 tahun hidup di muka bumi Allah ini melihat perkara sebegitu berlaku di depan mata tambah-tambah lagi mereka melakukannya ditempat yang tidak sesuai. tergamak mereka menjadikan surau sebagi port untuk berjumpa.
apatah lagi kawan aku yang non-muslim turut sama menyedari kejadian tersebut. mungkin kalau kami tak tergerak hendak membuka pintu hadapan surau, kami takkan tau apa yang diorang buat.

perkara ni dah pun laporkan pada ustazah di sekolah. seriously, aku tak nak bersubahat dengan tidak memberitahu perkara ni kepada pihak yang sepatutnya. walaupun budak perempuan tersebut meminta maaf dengan aku, apa gunanya? aku takda kaitan dengannya kecuali sebagai saudara seislam. maka sebagai saudara seislam itulah aku menegur perbuatan mereka itu (walaupun mungkin nada aku agak kasar pada masa tersebut, lebih kepada marah agaknya).

tindakan mungkin sudah diambil oleh pihak sekolah.dan aku tak tahu apa yang terjadi dengan budak perempuan tersebut apatah yang lelakinya.(oh ya, lelakinya terus lari pabila aku nampak perbuatan mereka meninggalkan budak perempuan tersebut sendiri). perempuan baru tingkatan dua manakala yang lelakinya tingkatan empat. apa yang aku dengar, mungkin budak perempuan tersebut berdendam dengan kami yang melaporkan perkara ni. Wallahua'alam.



apa yang aku harapkan, cuma Allah memberikan hidayah kepada pelajar tersebut semoga bertaubat dengan kesalahannya. semoga Allah melindungi diriku dan ahli keluargaku daripada sebarang kemaksiatan dan kemungkaran.




No comments: