Saturday 10 December 2011

mood swing...


apa tu mood swing???mood kau nak main buai laju-laju?main buaian @ ayun tinggi-tinggi?
hurm sebenarnya mood swing sangatlah tidak elok okay....dimana perasaan marah tu tak terkawal je. asyik nak marah orang, mengamuk tak tentu pasal, buat benda tak tentu pasal...etc ceteraa la
kenapa haku hupdate benda ni..?
sebab aku pun slalu dok swing mood terutamanya pabila datang stu pnyakit permpuan nie tiap bulan..period
malah disebabkan swing mood ni aku asyik marah2 tak tentu pasal.huh
sudah tntu la tempias  mood aku terkena kat orng skliling aku...
pernah lagi marah kat anak buah aku tetiba
sampai menangis pula budak tu aku marah...padahal macam benda kecil je
so kesimpulannya apa aku nak update nie sebenarnya?
takdelah, sebenarnya hari ni membosankan..paling-paling buat krja sikit, online, blogwalking etc..solat...pastu sambung balik on9
oh ya..cuti ni tak dibekalkan homework ya buat students lower six 11', kau kena rajin sendiri-sendiri tuk buat revision apa yang perlu pbla msuk skolah balik awal next year nnti
tak macam kat smakk, students die kena bgi homework time cuti a.k.a KERJA RUMAH TERANCANG
nehi la smkb bagi homework kt students kalo cuti hujung tahun ni.

Being a woman is not easy!(berbalik kepada swing mood condition)

 yup, bukan senang nak jadi perempuan ni. banyak dugaan. as u know la kan, perempuan mempunyai 1 akal 9 nafsu..walawey banyaknya nafsu..ok, nafsu itu pelbagai like nafsu penyayang, nafsu shopping, nafsu tidur dan etc..
so sometimes, women will do such anything crazy acts unfortunately, our mood as example
macam nak lempar barang je bile swing mood melanda..



btw..ini ada beberapa cara nak kawal mood swing kau tu
~tidur..sebab kau takkan teringat pun apa yang dimarahkan sangat tu  malah kau akan nyenyak tidur bermimpikan mimpi2 yang indah-mimpi dok putera raja lamar kau, menang anugerah yang kau tak tau bila masanya kau jadi artis haha...etc cetera.
~makan banyak-banyak..hah ni memang akan menambah kalori dalam badan tapi apa kesah kan. berat badan tambah boleh diet tapi kalau hati camne nak rawat? lagi satu paling best makan coklat!!
  1. Kandungan Flavonoid dalam coklat dapat menyeimbangkan tekanan darah, biasa digunakan dalam pengobatan untuk tekanan darah tinggi.
  2. Theobromine dalam coklat terbukti dapat meringankan batuk yang menetap karena zat ini membuka aliran udara di jantung.
  3. Konsumsi coklat dapat mengurangi resiko serangan jantung
  4. Coklat meningkatkan asupan darah ke otak selama 2-3 jam setelah konsumsi coklat, hal ini berdampak baik untuk mengurangi kecapaian, ngantuk dan bahkan efek penuaan.
  5. Coklat mengandung kafein yang dapat menaikkan mood, baik untuk mengurangi efek buruk PMS (pre menstrual syndrome)
  6. Coklat dapat mengurangi kerusakan sel akibat paparan radikal bebas
  7. Coklat hitam yang murni dapat memperbaiki dan menyeimbangkan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi resiko terkena diabetes.
hambik kau, banyak tu kebaikan coklat..

~lari....paling koman pun jogingla..hah selain nak menghilang ketensionan anda sambil itu boleh mengurangkan lemak-lemak yang ada di badang dengan berjoging atau berlari bagi membakar lemak2 tut.. lari keliling rumah ka..tawaf  7 kali ka pun bole, ikut suka kau la nak berapa kali
~tengok tibi, try tengok upin dan ipin ka..haha ni sah jiwa cartoon ni.takpun tengok je apa2 yang best kat tibi tu..no idea!
~sebab kat atas ni benda2 lagho maka yang ni paling penting sekali...kalau yang tak period tu boleh AMBIL WUDHU, BACA AL-QURAN ke, takpun kalau yang period tak dapat baca Al-Quran, korang boleh berzikir kan...ambil wudhu tu korang kenalah ikhlas kan hati, pohon keampunan dari Allah sebab kalau kita betul-betul menghayati pengambilan wudhu tu, Allah ampunkan dosa melalui air wudhu yang mengalir tu..
korang boleh juga luangkan masa hayati pemandangan ciptaan Allah , tengok pemandangan yang berunsurkan kehijauan ka...aku kalau tengok sungai kat tepi rumah siap bagai nak tembus lagi sungai tu, scan benda2 dalam sungai maka terbayanglah akan ikan2 yang sedg syok2 berlari berkejaran..erk!

maka puaka niyang rapik melanda, aku kena stop menaip sebab banyak benda merepek aku nak tulis tapi tak boleh dikeluarkan..hahaha.kbye











                             ---------saje je--------------














No comments: