Saturday, 31 December 2011

PLKN #1


Lusa 2 Jan 2012...waktu tu bakal pelatih PLKN seluruh negara akan dihantar ke kem masing-masing..
wooo...bestnya. rasa nak ikut lagi balik terutama kalau ke kem PLKN Tanaki, Tambunan.
I tell you ah, Kem Tanaki is the best ever one. cuaca kat sana sangat sejuk
kalo nak mandi time subuh tu, sure gigi terketar-ketar..

SubhanaAllah


entry dijangka sangat panjang..

lagi kat sana kena bangun awal ya, 5a.m dah kena ada kat surau tapi berkumpul 15 minit sebelum tu..
setiap event kena berkumpul 15 minit sebelum waktu yang diberitahu.
macam begini ada event tu jam 8 pagi tapi kau kena kumpul dalam jam 7.45 pagi. sapa lewat ada denda.
bagi yang punctual time tu, ok la. tapi kalau time tu la baru nak pakai kasut segala, kemas cadar segala..habeess la kau

walaupun kau kena bagi selimut tebal ala-ala tentera punya tu, kau tetap akan kesejukan punya
tiap pagi ada PT pagi, maka di sana lah kau akan rasa mengantuk di mana aku hampir tidur kot. ada tak yang tidur berdiri? ada? mungkin wira wirawati lain pernah juga kot. hait takkan kau tak ngantuk kot
lepas tu ada giliran kena suruh baca ikrar, naikkan bendera etc..lelaki perempuan semua kena ikut nasib la kena pilih..btw, aku  bernasib baik tak kena pilih, dibuatnya kalau baca ikrar suara kena lantang dan kuat. tapi kalau aku?

tiap kali nak pergi surau, kelas, dewan makan, padang, kau kena berjalan berkawad
okeh, aku benci kawad!
tapi itu dulu sebelum masuk PLKN, tapi lepas tu kira boleh la aku suka sudah
berkawad sebenarnya mengajar kita disiplin, ikut arahan etc..

tau tak apa yang diberi time awal-awal sampai tu?
okeh, sini aku bagitau, 2 kemeja + 2seluar, 2 tshirt+2seluar, 2 baju celoreng(pinjam seja), 2 inner celoreng, 2 towel, 1 kasut kelas, 1 kasut sukan, 1 kasut boot, berey, tali pinggang, kiwi, topi
lengkap tak aku sebut..weee, masih ingat seyh..

dan kerana Kem Tanaki sangat sejuk, pastilah berada kat bukit..
dimana bukit-bukit sana akan selalu diterokai oleh kamu yang bergelar pelatih nanti.. dan kabus-kabus sangat cantik dan sejuk
asrama wira kat bawah berdepan dengan padang, dewan makan berada kat bukit yang kedua kena naik lagi, surau naik lagi bukit pastu baru asrama wirawati turun bukit..dan asrama wirawati pula ada dua bahagian satu kat atas bukit, satu lagi turun bukit..
so, hakikatnya tiap-tiap hari jalan naik turun bukit..

makanan kat dewan makan? bagi aku ok lah, sedap juga, sama macam makanan kat asrama kot
berapa kali makan?
5 kali tapi yang sebenar 6 kali---sarapan pagi, makan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam sekali dengan supper malam.
takdenya istilah kebuluran kat sana, makan pakai cukup..
tapi yang penting, maggi tetap menjadi kegemaran
tak kira lah kat asrama sekolah.kat mana-mana pun, stok maggi memang tetap ada
so, kadang-kadang kitaorang akan berkumpul makan ramai-ramai
nasib baik watercooler ada, tapi nasib tak baek juga kadang-kadang, yang mana watercooler tu pula rosak..
maka, terpaksa lah turun bukit nak minta air panas kat blok bawah pula
tapi kalau kat blok bawah pula rosak?
cadangan kitaorang, ambil air dari watercooler kat surau
macam mission imposible pula time tu nak ambil air
minta kebenaran JL perempuan tuk pergi surau sebab time dah malam sangat lebih kurang nak dekat 11 malam kot tapi disebabkan maggi..redah je
dont worry, asrama wirawati dekat dengan surau je tapi ada penghadang pagar la..
siap pakai tudung dan kasut, lebih kurang 5 orang kami keluar dari pagar asrama..
jalan siap terjengket-jengket lagi supaya JL lain tak tau
weyh, aku berani ar, aku yang first dulu pi ambil air sambil tu tengok-tengok kalau kelibat JL datang..
Mala, Chit, Sicca, Wawa...aku rindu korang dan aksi kita la time ambil air panas malam-malam tu.. sekali macam spy pula..
dan aksi makan maggi pun macam-macam..wira sampai makan maggi dalam baldi lagi, wirawati sopan sikit ya makan dalam cup maggi je.



waktu petang
 syukur sebab time aku bawa kamera kalau tak, takde lah terakam memori indah tercipta dekat sana, dengan keindahan alam ciptaan Illahi, SubhanaAllah, masa tengok pelangi yang muncul lepas tu warna bukit bukau yang bertukar dari cahaya kekuningan kepada  kehijauan, tengok air terjun...memang superb


#PLKN part 1 tamat disini dulu, nanti akan disambung.
# imbauan kembali kenangan supaya tak hilang
# selamat jalan kepada bakal wira wirawati PLKN, yang dapat kat Tambunan tu, all the best
#takdenya aku update pasal new year..
 #kbai dengan ucapan selamat tahun baru 2012..





























Wednesday, 28 December 2011

tak tahu nak letak title apa, ko tau nak title apa? ko tau aku nak letak title apa? aku tau ko nak letak title apa?



hye peeps..
how you doin'?
dont worry be happy..
walaa....ayat!!
aku juga nak bagitau aku minat tengok cite hindustan selain korea*motif gitau?
cite tamil pun aku layan juga..itupun kalau best la* lagi motif?
# title punya main panjang* ni pun tau tau motif dia pe?


siapa pernah tengok 3 Idiots??
pernah?? eh same la kita , kalau tak silap aku dah tengok filem 3 Idiots ni tahun lalu 2010, tak ingat bila tapi tengok kat tv la.ya aku tahu aku ketinggalan (keretaapi, dalam kata lain info), filem ni dah released sejak 25 Dis 2009..dan masa itu aku dok asrama, ngam-ngam balik cuti so takde kerja tengok tv la. masa tu kebetulan buka channel tv then tengok info dan watching it.
seriously, filem ni sangat best .....bagi yang dah tengok, apa pendapat korang?

dah lama tak tengok cite ni then tetiba fikir nak tengok balik pula..

perbualan si kembar..(diubahsuai mengikut keadaan..hehe)  enam bulan yang lepas
kakak: eh dah lama tak tengok 3 idiots, ko nak tengok tak?
adik: a'ah la last kita tengok tahun lalu, kalau nak tengok, kita download dari syok.org la..
kakak: bah, cepat-cepat lah pi download..

okeh, nak tau kenapa aku story pasal filem ni?

sebab..........

yaa..ini la dia





malam ni ada tayangannya kat tv lagi, maka aku nak tengok lagi.waaa
tapi ada part 1 ngan part 2 dia tayang kali ni..
tengok kat tv lagi feel kot daripada tengok kat skrin laptop..?

kejap lagi dah nak main tu dalam jam 10..
okeh aku nak chow...

yang belum tengok korang google sendiri la ya..haha

oh..Ranchoddas Shamaldas Chancad..aka Phunsukh Wangdu..
pelik punya nama

#dan tempat shooting filem ni juga sangat cantik..woo, best tu kalau buat outdoor photoshot..
#nak chow la ni, aku tau korang tunggu 2 je bila la abis ni entry..bahahaa
#ada lagi...Wassalam..












WORDLESS WEDNESDAY #1



let's swing........

Tuesday, 27 December 2011

Terbaeekk...

tadi tengah facebooking, then sorang senior kat Smakk dulu post pic ni...wah...superlike Ramlee Awang Murshid...

sangat ohsem..
siape yang pernah baca novel nukilan RAM ni ?
best kan?
4 buku tu dah baca kecuali buku yang bertajuk Sutera Bidadari.. 2 pinjam buku kawan, dua lagi koleksi sendiri..waa..nak beli buku tu
belum ada kesempatan nak beli, tadi dah cadang nak pergi beli tapi tak kesampaian.tapi takpa esok-esok keluar pi pekan nak cari novel tu.

macam kata kak Ain Taif kata: Novel ni berunsur dakwah+thriller+cinta+sejarah...Laksamana Sunan karya Ramlee Awang Murshid. Novel yang sangat best dan lain dari yang lain..

memang terbaik lah bagi aku karya RAM...banyak lagi novel macam Adam & Hawa, Ranggau, Tombiruo, 9 Nyawa, Mikhail etc cetera..



Saturday, 24 December 2011

Tukar Shoutbox



yeah...........tukar kotak jerit dari shoutmix kepada cbox
sebabnya korang pun tau sendiri kan, shoutmix dah tak free lepas new year nanti so kenalah tukar.
aku nak juga  guna yang free..wee



okeh..itu saja nak gitau..haha


#rajin-rajin la blogwalking ya..
#jan lupa drop url, senang nak kunjung balik..kunjung-mengunjung kan amalan baik, merapatkan silaturrahim, mendekatkan yang jauh..ceewah
#wassalam..





Friday, 23 December 2011

Projek waktu malam


hai peeps.. hot tak title entry tu..bahaaha

nak tau apa kitaorang buat malam semalam?
ehe..yup, kami buat oreo cheese cake..senang ja bah. takyah bake cuma sejukkan dalam peti sejuk.
sedar-sedar petang tadi habis dah cheese cake dimakan oleh budak-budak
semangat ni semalam membuat, budak-budak apa lagi bertenggek dekat meja dapur nak juga tolong

yey..aku suka cheese! # abaikan..

jom tengok gambar...








Oreo


biskut Oreo yang dipecah-pecahkan



antara bahan yang digunakan
okeh..ni terus pi conclusion-nya, payah tul nak upload gambar ni. line tak laju. so dari bahan-bahan terus pi gambar oreo cheese cake yang dah siap dimasukkan dalam bekas.


siap untuk disejukkan..
sarapan pagi tadi..kelass gitu..#konon


selepas beberapa jam ..potong dan makan
alkisah oreo cheese cake dah selamat dihadamkan dalam perut masing-masing..
weyh, nak buat lagi tapi cheese tu sangat mahal la..

#eh lupa pla, credit pda twin saya yang rancang nak buat cake..
  syukran...!

Wednesday, 21 December 2011

hye peeps..welcome to my blog, really appreciate it when you're following my blog..thanks at all.
by the way, how you'll doin today, something good happen?

hurm, nothin' good happen for me today, just the same day before.
woke up in the early morning, cleaning house,etc..etc..cetera
i do not doin some revision at all pun..how sad? no desire?uh well...
u know what, it just me,the kids Quyun and Ajai were at home for all the time today
tapi taklah sampai malam..hewhewhew..erk-what the sound?
my mum and my sis which is hve 5 sis here in my home going to KK
nevermind...just flow with the wind..haha

uh sorry, write diaries la pula..
no..it's not my aim..yeah..just that we called it mukadimah..

by the way, let's the picture give u story when we're kinda boring..


let's swing....  



tired of waiting the pic uploaded, will stop here. only one picture

#maka apabila bosan buai la laju-laju sampai rasa  nak terbang. mungkin boleh tolong masalah kau hilang kejap kot..
#so, let's swing bebeh...
#weee..short entry frm me becoz the line macam tutttt



























Tuesday, 20 December 2011

SEGMEN | 5 Blog Lelaki Pilihan Saya

hye peeps...kali ini nak join lagi segmen dari Lyssa Faizureen..
aiseh, asyik join segmen pula sebab tak tau nak post pasal apa so here we come.




segmen ni sampai jam 6 petang ini ya..

blog pilihan aku:

wanhazel  : blog dia ni memang sangat superb, banyak tutorial yang korang boleh ikut.plus photo yang wanhazel shoot pun cantekk..

Ultralukman  : blogger ni ex-classmate kat skool dulu, blog dia best juga kalau nak baca..( naa, lukman kena promote ni..hehe)

KembaTolo  : sempoi je baca  blog kembatolo...best baca blog ni.

SafwanIdrus  :  ni lagi satu blog pun best juga dibaca, student medic kat Republic Czech, blogger sedaerah lagi tu..hehe

ok, tu je...

#jadi silent reader jak aku...