Helo people
Syukur Alhamdulillah masih hidup di bawah naungan kuasa
Allah s.w.t, dengan kehendak-Nya aku masih boleh post entry aku hari ini..teehee
Hurm..i’ve got headache..
Mungkin kerana kesan makan durian tak henti-henti
Ye lah, kan sekarang masih musim buahan
Tambah-tambah lagi
abang ipar aku ada pokok durian yang sekarang masih tengah lebat berbuah
Sodapppp…
Dan mungkin aku juga bakal demam..panas badan..dem
Tapi takpa kot
Sebab aku tau sakit itu bukan musibah, ia merupakan tanda
bahawa Allah sayang kepada hamba-Nya..
Bagaimana?
Yeah, sakit itu menghapuskan dosa-dosa kecil
Seperti yang dikatakan dalam hadis ni
“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya,
melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan
daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)
Sebenarnya banyak hikmah sakit ni..
Dalam sebuah buku yang berjudul
Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan
dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi, beliau menulis lima hikmah
sakit yang dialami manusia.
Pertama, sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika
sakit, memang kita tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun
hikmahnya, organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk
mendapatkan rehat yang cukup.
Umpama enjin yang terlalu lama hidup akan jadi panas. Ia perlu diberhentikan
sekejap untuk sejuk dan kemudian dihidupkan kembali.
Biarkan badan dan emosi kita haknya, iaitu rehat yang cukup.
Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika
seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai
kesihatan.
Biar apapun, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia bisa kembali pulih
seperti biasa, menjalani kehidupan normalnya.
Ketiga, sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t.
Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan
terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia.
Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah
lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada
kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah
perkasa. Manusia mudah lupa!
Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.
Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita
lakukan.
Keempat, sakit memberikan kesempatan untuk
bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir
kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita
dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.
Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan
seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala
dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala
urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.
Dalam hadis ada diterangkan,
“
Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan,
kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah
menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).
Kelima, sakit juga memberikan kesempatan untuk
memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang itu sakit, maka akan
ada kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang
kenal akan semakin akrab.
Ketika si anak kurang sihat, ibu dan ayahnya yang menjaga dan memelihara
kesihatan anaknya. Pun begitu, sekiranya ayah atau ibu kurang sihat, si anak
akan kembali kepada orang tuanya dan memberikan keprihatinan yang optimum untuk
membalas kembali jasa mereka.
Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak
hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita
fikir-fikir dan renungkan.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu…
Wallahua’lam..aku hanya berkongsi sekadar di sini sahaja.
Wassalam