14 November 2010… hari yang sangat menyedihkan buat seluruh keluarga aku. Tanpa disedari setahun sudah masa itu berlalu. Ketika itu hanya tinggal seminggu lagi sebelum peperiksaan SPM bermula. Sebenarnya dari hari jumaat lagi aku ingin pulang selepas tamat majlis graduasi yang diadakan di dewan recital UMS. Aku sangka majlis tu bermula agak lambat jadi tak dapat lah nak pulang kampung. Tau-tau, tengah hari itu kami dah boleh pulang. Memang tak bercadang nak balik rumah masa itu tapi memandangkan dapat balik awal maka aku berkeputusan untuk pulang. Jadi aku call mama aku kalau ada sesiapa yang boleh aku ikut supaya dapat pulang kampung. Tapi takda sesiapa yang aku dapat ikut, kakak aku yang sorang dah balik hari khamis tu lagi, abang aku tak pi kerja time tu( abang aku kerja kat KK ye) dan pakcik aku(juga kerja kat KK tapi pulang balik ke Beaufort) juga dah balik. Kesimpulannya aku tak dapat pulanglah. Tak tahu kenapa sedih je masa tu…hampir nak nangis lagi.huh. agaknya hati aku macam dapat menduga apa yang bakal terjadi namun tak terlintas pula untuk memikir dengan lebih lanjut. Mama aku kata juga tak payah lah balik dulu sebab rumah banjir.
So,pada hari ahad tu, 14 Nov. aku baru berkira-kira nak bangun subuh, dah azan dah.belum sempat aku berdiri seorang kakak pra u 1 datang ke bilik. Dia kata seseorang mencari aku dan ada hal kecemasannya katanya. Pelawat tersebut dekat pintu pagar blok B. terus aku capai tudung dan pergi ke hujung koridor. Kat bawah aku Nampak sebuah kereta myvi dan anak buah aku Arie. Aku tanya kenapa aku dipanggil. Arie suruh aku turun dulu dekat pagar tersebut. Dia suruh aku kemas baju bawa balik sebab ada hal kecemasan. Tanpa berlengah aku terus naik ke bilik, kemas apa yang patut. Aku bangunkan seorang ahli bilik yang tinggal dan bagitau dia apa yang terjadi. Sebelum aku turun, aku naik lagi ke bilik atas cari dinar atau aisyah. Tengok kat bilik dinar tak Nampak pula dia terus aku pergi ke bilik aisyah pula. Aku terus bangunkan aisyah dan bagitau dia yang aku terpaksa balik rumah. Masa itu aku memang dah nangis dah, hati tak terkawal dan tak tenteram memikirkan orang dirumah. Dalam hati macam dah dapat mengagak apa yang berlaku. Sudah itu, aku turun dan pergi ke bilik warden asrama.. aku ketuk pintu dan bagi salam..berkali-kali aku ketuk pintu sambil panggil cikgu. Ustazah fardhah muncul dan aku meminta kebenarnnya untuk balik sambil beritahu hal kecemasan yang berlaku. Kat dalam kereta aku tanya balik abang ipar dan anak buah aku apa yang terjadi. Aku sudah dapat agak dalam hati sbenarnya tapi aku menginginkan kepastian. Abang ipar ku kata, Dia sudah tiada. Ajalnya dah tiba. Aku terus terkedu. Hanya air mata yang mengalir. Kami sampai di beaufort ketika mungkin dalam jam 6 lebih.ketika kereta memasuki halaman rumah kakak ku, hatiku semakin pedih. Masuk ke dalam rumah aku langsung pergi ke bilik untuk menunaikan solat subuh. Ketika lalu ruang tamu aku hanya tengok imbas lalu sekujur tubuh yang terbaring kaku. Aku takut kalau terus pergi ke sisi tubuh tersebut aku tak dapat kawal perasaan. Sebab tu aku terus pergi ke bilik untuk solat dulu. Selesai solat barulah aku memberanikan diri aku untuk duduk sebelah mama aku membacakan Yassin. Air mata tak henti mengalir.. ketika itu kami masih menunggu kepulangan seorang lagi keluarga kami iaitu kakakku yang belajar di KL. Terpaksalah tempah flight secepat mungkin untuk kepulangan kakakku. Dia sampai dalam jam 10 lebih.air mata yang sudah berhenti mengalir kembali lagi mengalir deras ketika kakakku itu sampai. Sedih..memang sedih sangat namun hati perlu merelakan pemergian arwah bapa. Sudah itu setelah di mandikan dan disembahyangkan, mayat arwah bapa di bawa ke tanah perkuburan. Suasana makin gelap dan sudahnya hujan turun. Seolah-olah turut sama menangisi pemergian seorang hamba Allah kepada Penciptanya.
akhir kata...kutitipkan doa dan Al-Fatihah buat ayahanda Yusop bin Rawasin..semoga rohnya dicucuri rahmat.
No comments:
Post a Comment