Friday, 20 July 2012

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah, malam ini kita sudah menginjak 1 Ramadhan.
semoga amalan kita di bulan mulia ini dipertingkatkan lagi dan diterima oleh Allah s.w.t.


universiti Ramadhan.
kenapa universiti? ini adalah bulan di mana kita mentarbiyahkan diri ke arah yang lebih baik. melakukan amal ibadah berlipat ganda untuk mendapatka ganjaran pahala.
puasa bukan setakat menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi yang lebih penting adalah menahan diri daripada melakukan perkara mungkar tidak kira dari segi perbuatan, percakapan, pemikiran dan sebagainya.

Allah mengurniakan bulan Ramadhan untuk merawat jiwa-jiwa manusia kerana bulan-bulan sebelum ini manusia terdedah kepada pelbagai kemaksiatan.
Bulan ini adalah bulan untuk mengejar kecemerlangan, jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk menjadi lemah. ingat saja ketika perang Badar ketika zaman Rasulullah, mereka memenangi peperangan tersebut walaupun dalam keadaan berpuasa demi kerana ketakwaan mereka kepada Allah.

sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan. insya-Allah, aku  berusaha untuk menjadi muslim yang bertakwa.

4 amalan utama dalam bulan Ramadhan
-melazimkan mengucapkan ucapan thoyibah( baik)
-istighfar
-doa memohon syurga
-memohon perlindungan daripada neraka.

~peringatan untuk diri.imbas kembali tazkirah yang disampaikan ketika berada di bumi SMKAKK.
rindu mood berbuka puasa di smakk, walaupun simple tapi jalinan ukhuwah sesama adik dan kakak itu yang penting.


No comments: