Miss U allz
Saturday, 25 June 2011
Tuesday, 14 June 2011
(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ ´*.¸.•´♥` MALU SEORANG WANITA ✿ ܓ
Malu merupakan salah satu sifat yang sering digandingkan dengan wanita sehingga seringkali kita mendengar atau ucapan kata “malu adalah mahkota dan hiasan diri seorang wanita”.
...Sesetengah masyarakat pula mengecilkan skop malu dengan hanya menundukkan pandangan, malu berkata-kata dan sebagainya. Sesetengahnya pula memandang sifat malu dengan sesuatu yang negatif kerana pada mereka sifat malu ini akan menyekat kemajuan individu kerana malu bergerak ke hadapan. Untuk menukar pandangan-pandangan negatif terhadap sikap malu, maka perlu memahami apakah erti malu yang sebenar.
Para ulama mendefinisikan malu sebagai akhlak mulia yang selalu memotivasikan seseorang untuk meninggalkan hal-hal yang tercela dan menjauhi dari mengambil hak orang lain. sifat malu bukan sahaja khusus untuk wanita, tetapi juga perlu dimiliki oleh golongan lelaki.
“Rasulullah saw memiliki rasa malu melebihi malunya gadis pingitan” (Muttafaq’alaihi)
Sifat malu yang benar adalah malu yang dapat menghalang manusia dari perkara yang menyalahi syariat dan menjauhi segala penyimpangan dalam pergaulan sesama manusia. Sifat malu bukan hanya dihadapan manusia sahaja tetapi juga di hadapan Allah Taala. Khusus untuk wanita, antara tanda-tanda malunya seorang wanita adalah:
✿ ܓ Wanita yang mempunyai sifat malu adalah wanita yang menjaga auratnya termasuk aurat suaranya. Apabila berbicara dia menjaga intonasi suaranya terutama apabila berbicara dengan berlawanan jantina.
✿ ܓ Wanita yang mempunyai sifat malu adalah wanita yang malu untuk memperkatakan aib saudaranya kerana dia menyedari bahawa dirinya juga tidak terlepas dari aib sendiri. Oleh itu wanita yang punya rasa malu akan mengekang lidahnya dari mengumpat dan mengeji dan mengekang telinganya dari mendengar umpatan dan kejian.
✿ ܓ Wanita yang menjaga malunya adalah wanita yang menjaga keelokan akhlaknya yang nampak secara luaran, juga keelokan akhlak yang tersembunyi yakni akhlak hatinya (dari penyakit hasad, ujub, dendam, prasangka buruk etc)
✿ ܓ Wanita yang pemalu juga adalah wanita yang bersegera dalam melaksanakan kewajipannya contohnya bersegera dalam menunaikan solat kerana malu untuk menangguh-nangguh atau melambat-lambatkan dalam menyahut panggilan Tuhannya.
✿ ܓ Wanita yang pemalu adalah wanita yang menjaga penglihatan dan pendengarannya daripada melihat dan mendengar perkara-perkara yang boleh mengotorkan jiwanya.
✿ ܓ Wanita yang pemalu adalah wanita yang malu meninggalkan kewajipan sebagai seorang muslim baik ketika berada dihadapan umum mahupun ketika bersendiriaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)