Sunday 25 March 2012

impian itu bakal terlaksana


hye peeps..
yo..malam ini terasa nak menaip pula..lama doh tak post entry dalam blog kesayangan gua ni..haha
btw, hari tu result sptm dan 2012 dah kuar..
congratz la dekat yang yang berjaya cemerlang tu.
bagi yang stpm ada lah 3 orang terbaik kot..
kalau spm tu yang paling terbaik dapat 9A dan seterusnya 8A,7A...etc..oklah tu.
tahniah la..kedua-dua sekolahku..SMKAKK dan SMKB.

okeh..ini topik lain pula
dengan ini aku ingin mengucapkan selamat jalan kepada diri ku sendiri..wahaha
misi mendaki gunung kinabalu! impian itu bakal terlaksana
ya..mendaki gunung kinabalu. bermula esok sampai hari rabu ni.
doakan moga aku berjaya..selamat sampai dan balik
semoga dipermudahkan urusan, dijauhkan daripada bahaya.

lain-lain akan dipost selepas misi mendaki gunung kinabalu..nantikan foto-foto yang bakal bergantungan di blog ini.
waaa..excited gila gua nak mendaki gunung..
okeh..nak pigi tidur..
Wassalam.

Wednesday 14 March 2012

setahun yang lalu..PLKN

Assalamualaikum and helo peeps..
Alhamdulillah, masih bernafas hari ni, berupaya untuk meneruskan hidup..aicewah!

dan apa khabar pula lakaran SV aku? hoho
siyesly, takde idea la nakbuat lakaran idea tu, nak lagi 80 lakaran..gosh!
okeh..stop the topic, bukan pasal ni aku nak cite. ini cerita pasal PLKN setahun yang lalu.




where am I?


hoyeah! betul ni, dah setahun pun berlalu kisah plkn tu tapi rasa macam baru semalam jalani hidup kat sana.
rindo korang la terutama yang satu dorm dengan aku time tu.

actually hari ni 14 Mac..tu yang mengingatkan aku pasal plkn ni. 13 dan 14 Mac tu la.
memang hari cengeng satu kem kot...haha, mana taknya, itulah hari terakhir kami berada di kem plkn tanaki.
seroiusly, aku rindu!
orang kata, yang banyak ketawa tu lah yang akan banyak menangis kan?
dan memang betul pun apa yang aku perati kan time tu.
salah seorangnya kawan satu dorm, memang menangis habis la.
aku cemana? aku tough bha..konon la.ekselli tak la menangis sangat, memang dah adat pertemuan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
tapi takkanlah nak menangis berabis. yes, i admit. ada menangis tapi rasa macam tak ikhlas pula menangis time,biar la derr..
semua la time tu bermaaf-maafan. 'jangan lupakan kami','jangan lupa contact'..etc cetera...
macam-macam pesanan.dont worry be happy, FB kan ada..ya!




13 Mac 2011

13 mac tu memang ramai yang dah balik.last-last tengok kat dorm, tinggal 8 orang jak dari 26 orang. dari KL dah balik, dari KK pun sama, Tuaran, Tambunan..Beaufort... yang tinggal 2 orang dari Beaufort, 1 orang dri tambunan, seorang dari Nabawan dan selebihnya dari Ranau. malam tu semua pakat baju kaler sama...bju kaler hitam..macam berkabung je lagaknya. yang tinggal dalam dorm tu 4 orang muslim dan 4 orang non-muslim.
time nak pergi makan. wira-wira yang tinggal bersemangat gitu. diorang berbaris time nak menuju ke dewan makan padahal dah tak perlu pun ikut disiplin berbaris..tapi diorang semangat.


dan aku rasa itu saja yang aku nak kongsi kat dalam blog ni sebagi tanda aku sangat menghargai semua kenangan plkn. once in a life. bukan semua orang dapat ni.
rindu korang...
#berapa kali la aku asyik sebut pasal rindu ni..

okeh..chow dulu.
Wassalam

Monday 12 March 2012

happy holiday


Assalamualaikum and helo peeps.
have a nice day, just a short entry for today.
and yup, the picture always here..
happy holiday school..till then
tak tahu apa nak kata! haha


he is cute, aye?



GO GREEN WORLD!..haha

Wassalam..


Friday 9 March 2012

kamera yang ohsem!

Assalamualaikum dan helo peeps...
Alhamdulillah, sekolah cuti untuk 1 minggu. so...hoyeah!
#konon la hoyeah sangat padahal masa cuti nanti kena siapkan lakaran PDA sebanyak 80 lakaran..mataiii na..
haha..tak la matai

btw..happy holiday for my fellow friends pre u 2 science


eh...eh..sekarang ni kan aku tengah minat kat satu benda ni..kalau tengok memang mengancam! menggoda aku untuk memilikinya..untuk membelinya..tapi takde kacheng-kacheng la sekarang ni..huhu
takpe...cuma nak cuci mata je.
btw, aku minat kamera polaroid dan lomografi ya..haha
walaupun sekarang ni banyak dah orang pakai DSLR, tapi lomografi pun ada keunikannya tersendiri kot.

nah..jom tengok hot stuffs ni
Mr Camera..when u are going to be mine?































 hanya mampu beli ni je.haha











 #kamera yang nampak macam mainan tu nama dia camera lomo waterproof dot dot dot, nampak je macam mainan tapi memiliki fungsi kamera lomo sebenar..
#harapantinggimenggununguntukmemilikisemuacameratersebut..kononlah! kalaulahadayangbaikhatibagini..haha

Tuesday 6 March 2012

Apa Yang Anda Tak Tahu Tentang Seorang Ayah


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah 


kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja 



ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan 


seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi 



tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak 



boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah 


sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar 



kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat 


risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan 


dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama 


yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah 



sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas 


plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..


Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah 



selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali 



dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga 


kita..


rindu kat arwah..

Sunday 4 March 2012

..call..


please lah..saya tak suka kena call!!
sms je tak boleh ke?
pasal kerja edit buletin tu memang kerja aku tapi takkan nak aku pula solve problem hal-hal edaran buletin tu!
call orang lain boleh? lary ka..nicol ka..ajk lain ka yang kelas sastera tu..huh
ni yang malas ada phone ni...

#sory saya bukan phone addicted...sms pun jarang ni kan lagi call. so jangan call lagi boleh?

haha..blog ni pula jadi tempat luahan hati konon.

Saturday 3 March 2012

test..please be kind to me


Assalamualaikum w.b.t dan helo..

Alhamdulillah, dapat la juga update sikit-sikit hari ni.
next week, ada test. full one week. dari hari isnin sampai jumaat.
tup-tup, habis test, cuti..horey la konon!

isnin, test MUET dan Pengajian Am.
selasa, test Kimia..*OMG!!
rabu, test Maths Tulen & SV1
khamis, test Sains Sukan 1 & 2
Jumaat, test SV2

paling risau KIMIA la kot
aha..jawab jangan tak jawab..tapi camne?
#blank and blur
google
setadi la dayang oiii..minggu depan ujian dah tu!
ok fine...nak setadi la ni!

# wish me luck ea..

hoyeah...26,27,28 Mac is around the corner..waiting for the day.
semoga hri itu lancar la aktivitinya...