Sunday 27 November 2011

Apa boleh buat laa...



hai peeps ...malam ni aku tengok Harimau Muda lagi main bola lawan Bahrain. gol yang pertama dimasukkan oleh Nazmi Faiz Mansor pemain nombor 12..alah yang paling muda tuu.. memang cantik lah tendangan jarak jauh oleh Nazmi yang memberi gol pertama buat Malaysia pada masa pertama.uiseh Nazmi diakui kemantapannya bermain bola oleh jurulatih Bahrain, laju je Nazmi lari. lepas tu ada juga beberapa cubaan oleh Wan Zack Haikal tapi tak masuk la..

                                                           Nazmi Faiz Mansor,Jersi No 12

Dalam masa kedua pula dapat lagi gol kedua pula oleh Mahali Jasuli.....OH YEAHHH...time tu memang happy sangat la tengok gol dah 2 untuk Malaysia, tapi Bahrain pula bertindak  agresif sangat..apa la......... Wan Zack Haikal cedera pastu Nazmi Faiz Mansor pun cedera gak...teehee, agak goyah juga sudah Malaysia.  then keluar la WZH dan NFM(barisan midfield Malaysiah seyh...)

Dan yang tak terduganya, Bahrain pula berjaya masukkan gol pertama pada masa kedua. dalam hati ni belum boleh lawan Malaysia. Fighting ...fighting Malaysia. Tapi................................................................................ Gol kedua lagi masuk buat Bahrain....aish....dan gol ketiga menyusul pula dalam masa seminit.... adush, terus kaciwa ni..habis gol ketiga terus naik bilik dah tak tengok lagi...lagipun feel awkward kot sebab ada abang aku, pastu abang ipar lagi dan anak buah lelaki dan tinggal aku sorg je permpuan kat bawah tengok bola.mulanya ada my mum dan anak buah perempuan tengok sama tapi pastu dorang naik atas pula..

by the way, perlawanan Malaysia ini lebih baik dari mereka menentang Syria hari tu . apa boleh buat la kan,dah takde rezeki nak menang. apapun, Harimau Muda terbaeekk...Malaysia boleh.
perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik London
Malaysia-2, Bahrain-3

yaa..menang kalah itu adat pertandingan kan.walaupun kalah, aku tetap support Team Malaysia!! dah buat yang terbaik kan.. tak yah lah nak kutuk-kutuk Malaysia lagi, kalau nak hebat sangat pi main sendiri dan cuba rasa apa yang pemain bola Malaysia rasa.


thanks for reading and have a nice day








Friday 25 November 2011

hai peeps..hari ni my sis dah selamat melahirkan baby lelaki dalam jam 3 petang tadi.so, kire happy la sebab bertambah lagi ahli dalam keluarga kitaorang dah kesimpulannya anak buah saya dah menjadi seramai 20 orang..phewww, banyak tu. apapun, ada dua baby baru lahir tahun ni dalam bulan yang sama lagi tu. seorang baby girl lahir awal bulan iaitu 2 hb11, then baby boy pula menyusul hari ni 25 hb 11.
tapi aku takde ambil gambar dorang lagi, so nanti aku akan update entry khas untuk baby-baby yang baru lahir dalam bulan 11 ni ye.
now, just enjoyed some pics taken today..

dari library ke tamu


 best dengar bunyi gambus ni


 some of tamu views


 there again



burung merpati







 pi hospital tengok kakak aku





 part aiskrim yang x bleh blah..semua orang pakat makan aiskrim dowh


 photo of the day.....superlike this pics



thanks for reading and have a nice day











Monday 21 November 2011

Harimau Malaya Menang...Sukan SEA 2011

hi peeps..Alhamdulillah...MALAYSIA MENANG....HARIMAU MALAYA tuuuu...
ok...siyes ni rasa gembira sangat sebab Malaysia menang..yeayyyyy. Malaysia Boleh
apapun, pasukan bola sepak Malaysia superb... salute la Baddrol yang bagi tendangan penalti last...dan juga Khairul Fahmi aka Apex yang dapat baca pergerakan pihak lawan...
besh tengok korang main walaupun dalam masa yang begitu lama..

Kapten Pasukan Bola Sepak Malaysia
Baddrol Bakhtiar



Goalkeeper Malaysia...Khairul Fahmi

Tahniah pasukan Malaysia.............
Menang kalah adat pertandingan..Jangan tak puas hati sudah, jangan jadi macam dulu tu lagi harapnya..Indonesia kena lah faham ye...




BTW....Malam ini terhibur tengok pasukan bola sepak Malaysia...satu lagi hadiah emas untuk Malaysia tercinta...(syoknya bersorak untuk Malaysia..terjerit-jerit jangan gol, jangan gol Indon...Apex tangkap tu bola...)-amaran, aksi sorak menyorak aku ini berlaku dekat rumah je.bersama dengan ahli keluarga aku sahaja..harap maklum..teehee

Thanks for reading and have a nice day


Friday 18 November 2011

random photo



teehee...random photo
u know what? photo ni dalam tahun 90-an kot..saje je aku nak imbas kembali zaman dolu-dolu..very sweet ar..klasik gitu. btw orang-rang yang kat gambar tu ialah arwah nenek, arwah bapa tua( which is pakcik aku), my kazen(the little one), my mum dan pa-cino(dunno why his name called like that)..
xda motif tetiba letak photo tuu..

bye!!


thanks for reading and have a nice day

Thursday 17 November 2011

sungguh gembira hatiku...

yaww...sungguh gembira tak terkata ni...*ceittt...
akhirnya aku berjaya buat design tulisan yang cantik-cantik macam kat atas..
fuh..slowly aku ikut tutorial yang wanhazel ajar, finally dapat gak buat..sooo, nanti aku akan buat semua yang berkaitan dengan blog aku-shoutmix design, header, etc- guna adobe photoshop...uise, memang besh sangat guna PS ni..berbaloi-baloi..
yang kat atas tu baru permulaan je..so tak cantik banyak, cantik sikit...pergh..
padahal benda simple jak yang dibuat...haha..

done....


thanks for reading and have a nice day

Wednesday 16 November 2011

Aku Punya Kembar...



yeap...seperti yang korang lihat foto tuuu...itu adalah kembar saya..ni kembar yang bebetul ye, sama ke tak muka tu? well, semenjak dua menjak dah besar ni rupa kitaorang dah tak seiras kot.hhee..
first time tengok memang sama tapi dua kali pandang, tiga kali pandang..tak sama..hhaha..what u guess?
no..no..jangan guess macam-macam..
actually, apa yang aku nak cite takde pape saje je nak bagitaw saya ada KEMBAR..(ceh..ayat punya nak kasi jeles orang)..sorry
taklah nak jeles kan orang.huhu
kawan-kawan saya selalu tanya, best tak ada kembar?*ni soklan wajib bagi kawan2 yang baru kenal
bagi aku memang best..sebab apa?
yaaa..dia lah adik aku, keluarga aku..kawan aku dan sebagainya..as u know, umur kitaorang jarak bebrapa minit je, so kami memanglah amat rapat. kalau kemana-mana kami berdua..dolu-dolu time kecik pakai baju yang sama and so many things la bersama-sama.
Korang pernah gaduh ke?*lagi soalan dari kawan
well...gaduh-gaduh tu memang ada..perkara kecik pun boleh jadi besar....erkk ye ke? takdelah. TAPI lepas gaduh kami akan berbaik semula tak lama pastu...haha..tak nak arh hilang kawan bercerita..kawan nak buat pe2 je..
dan aku juga pernah duk berjauhan dari kembar aku ni. dia nun sini kat beaufort dengan family, aku pula nun sana kat kota kinabalu duk hostel..aku skolah kat smk agama kota kinabalu form4-form5 ye..
well, time berjauhan selalu juga lah feeling sedih ni takda kawan yang paling rapat dgn aku..huhu
tapi takpa..perjuangan perlu diteruskan..eceh..ayat! 
yeah..gagah lah juga aku mengharungi hidup selama 2 tahun kat smakk tu yang mana family aku jauh kat kampung sana dan aku kat KK..
-aku tak tahu pe dah aku merepek ni..

BTW..my twin are the best..she is my bestie forever and ever..love u.
nanti akan ku cuba cari gambar kami time kecik..itu lbh seiras.haha


thanks for reading and have a nice day

addicted to photography..photography is my passion

haha....i'm totally addicted to photography. that's why in my blog there is too many pictures as u seen..*tetiba jak mukadimah aku speaking..ceittt..abaikan broken english tuu..
oh yeah..seperti yang aku bagitaw aku memang suka snap gambar pastu kadang-kadang edit sikit2..sikit ja ya tak banyak..
untuk entry kali ni pun ade pics yang aku snap pakai DSLR Canon abang aku..yeap, asah bakat bha konon..bila lagi kan since abang aku ada kamera yang aku idam-idam kan ..hehe
cantik ke tak?
kalau boleh..komen la ckit..hait macamlah aku ni ada banyak follower ye tak!












thanks for reading and have a nice day

Sunday 13 November 2011

kisah tahun lepas

14 November 2010… hari yang sangat menyedihkan buat seluruh keluarga aku. Tanpa disedari setahun sudah masa itu berlalu. Ketika itu hanya tinggal seminggu lagi sebelum  peperiksaan SPM bermula. Sebenarnya dari hari jumaat lagi aku ingin pulang selepas tamat majlis graduasi yang diadakan di dewan recital UMS. Aku sangka majlis tu bermula agak lambat jadi tak dapat lah nak pulang kampung. Tau-tau, tengah hari itu kami dah boleh pulang. Memang tak bercadang nak balik rumah masa itu tapi memandangkan dapat balik awal maka aku berkeputusan untuk pulang. Jadi aku call mama aku kalau ada sesiapa yang boleh aku ikut supaya dapat pulang kampung. Tapi takda sesiapa yang aku dapat ikut, kakak aku yang sorang dah balik hari khamis tu lagi, abang aku tak pi kerja time tu( abang aku kerja kat KK ye) dan pakcik aku(juga kerja kat KK tapi pulang balik ke Beaufort) juga dah balik. Kesimpulannya aku tak dapat pulanglah. Tak tahu kenapa sedih je masa tu…hampir nak nangis lagi.huh. agaknya hati aku macam dapat menduga apa yang bakal terjadi namun tak terlintas pula untuk memikir dengan lebih lanjut. Mama aku kata juga tak payah lah balik dulu sebab rumah banjir.
So,pada hari ahad tu, 14 Nov. aku baru berkira-kira nak bangun subuh, dah azan dah.belum sempat aku berdiri seorang kakak pra u 1 datang ke bilik. Dia kata seseorang mencari aku dan ada hal kecemasannya katanya. Pelawat tersebut dekat pintu pagar blok B. terus aku capai tudung dan pergi ke hujung koridor. Kat bawah aku Nampak sebuah kereta myvi  dan anak buah aku Arie. Aku tanya kenapa aku dipanggil. Arie suruh aku turun dulu dekat pagar tersebut. Dia suruh aku kemas baju bawa balik sebab ada hal kecemasan. Tanpa berlengah aku terus naik ke bilik, kemas apa yang patut. Aku bangunkan seorang ahli bilik yang tinggal dan bagitau dia apa yang terjadi. Sebelum aku turun, aku naik lagi ke bilik atas cari dinar atau aisyah. Tengok kat bilik dinar tak Nampak pula dia terus aku pergi ke bilik aisyah pula. Aku terus bangunkan aisyah dan bagitau dia yang aku terpaksa  balik rumah. Masa itu aku memang dah nangis dah, hati tak terkawal dan tak tenteram memikirkan orang dirumah. Dalam hati macam dah dapat mengagak apa yang berlaku. Sudah itu, aku turun dan pergi ke bilik warden asrama.. aku ketuk pintu dan bagi salam..berkali-kali aku ketuk pintu sambil panggil cikgu. Ustazah fardhah muncul dan aku meminta kebenarnnya untuk balik sambil beritahu hal kecemasan yang berlaku. Kat dalam kereta aku tanya balik abang ipar dan anak buah aku apa yang terjadi. Aku sudah dapat agak dalam hati sbenarnya tapi aku menginginkan kepastian. Abang ipar ku kata, Dia sudah tiada.  Ajalnya dah tiba. Aku terus terkedu. Hanya air mata yang mengalir. Kami sampai di beaufort ketika mungkin dalam jam 6 lebih.ketika kereta memasuki halaman rumah kakak ku, hatiku semakin pedih. Masuk ke dalam rumah aku langsung pergi ke bilik untuk menunaikan solat subuh. Ketika lalu ruang tamu aku hanya tengok imbas lalu sekujur tubuh yang terbaring kaku. Aku takut kalau terus pergi ke sisi tubuh tersebut aku tak dapat kawal perasaan. Sebab tu aku terus pergi ke bilik untuk solat dulu. Selesai solat barulah aku memberanikan diri aku untuk duduk sebelah mama aku membacakan Yassin. Air mata tak henti mengalir.. ketika itu kami masih menunggu kepulangan seorang lagi keluarga kami iaitu kakakku yang belajar di KL. Terpaksalah tempah flight secepat mungkin untuk kepulangan kakakku. Dia sampai dalam jam 10 lebih.air mata yang sudah berhenti mengalir kembali lagi mengalir deras ketika kakakku itu sampai. Sedih..memang sedih sangat namun hati perlu merelakan pemergian arwah bapa. Sudah itu setelah di mandikan dan disembahyangkan, mayat arwah bapa di bawa ke tanah perkuburan. Suasana makin gelap dan sudahnya hujan turun. Seolah-olah turut sama menangisi pemergian seorang hamba Allah kepada Penciptanya.

akhir kata...kutitipkan doa dan Al-Fatihah buat ayahanda Yusop bin Rawasin..semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Tuesday 1 November 2011

tragedi oktober..

semalam punya berita memang hot!! berita tu pasal kemalangan yang berlaku antara kereta api sabah dan lori tangki minyak yang berlaku dekat jalan airport KKIA...uh well,aku lambat update bcoz semalam blackout plus lagi hujan lebat...uh..agak-agak memang rosak teruk juga 2 buah gerabak kereta api. tak tau pula bila lagi kereta api ni akan kembali beroperasi...aku belum sempat lagi naik train sabah ni....tengok lah nanti kalau ada peluang lagi...

 that's all...

thanks for reading and have a nice day

that's all...